Jumaat, 20 Mei 2011

Luahan hati

Kawan …

Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang ingin engkau tahtakan disudut hatimu

Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengsyairkan sebuah kenyataan
dari impian impianku.

Impian yang bergolek golek dan berputar putar
bagai embun dipermukaan kaca
bergelimang malas dalam jiwaku

Diketika aku berhenti sejenak
membayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dijalan ini
keseorangan syahid dijalan ini ...

jiwaku kembali membakar
tuk kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.

Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …

Selasa, 17 Mei 2011

Jumaat, 13 Mei 2011

Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!

Ramai orang yang ada kawan. Tak ramai orang yang ada sahabat. Lagi sedikit yang ada sahabat sebenar. Dan jarang-jarang yang ada sahabat yang hoyeaahhh!

Siapa dia sahabat yang hoyeahh..?

Seorang kawan apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bertanya "Kau ok ke..?" dan fulsetop. Tak mau tanya banyak-banyak nanti leceh kena terlibat sama dalam pergelutan emosi.

Seorang sahabat apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bersungguh menunjukkan yang dia peduli dan mahu membantu kita merawat kesedihan kita tu. Tetapi kalau selepas dua tiga hari kita masih di dalam mood yang sama, dia mungkin sudah hilang upaya untuk membantu.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita dalam kesedihan, akan turut sama berkongsi kesedihan kita, turut merasakan penderitaan yang sedang kita alami. Dia akan sebaiknya berusaha untuk meleraikan belenggu kesedihan itu daripada jiwa kita. Selagi kita tidak ceria semula, selagi itu dia tidak akan berputus-asa!

Manakala seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila melihat kita dalam kesedihan, pertamanya dia akan mencari punca kepada kesedihan kita itu. Keduanya dia akan cuba sesungguhnya membantu kita melepaskan diri daripada kesedihan itu, dan kalau dia tak mampu, akan ajak sahabat hoyeaahhh yang lain untuk membantu sama. Dan ketiganya, dia akan menghalakan kita kepada Allah, kerana hanya kebergantungan yang hakiki kepada Allah sahajalah yang mampu menghilangkan segala kesedihan di jiwa.

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh ni..?

Seorang kawan apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan membiarkan sahaja. Taknak la 'friendship' tu terjejas katanya.

Seorang sahabat apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan cuba untuk mencegahnya. Sama ada menegur atau menghantar sms. Paling koman dia akan benci dalam hati.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan mencari masa untuk bercakap dengan kita, pillow-talk dengan tujuan untuk menasihati kita. Dan dia akan berusaha untuk menasihati kita dengan sebaiknya kerana dia tidak sanggup melihat kita terluka dengan tegurannya.

Seorang sahabat yang hoyeaaahhh! pula, apabila melihat kita melakukan maksiat, akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk mencegahnya. Tak kiralah jaga hati ke tak, dia tak peduli. Asalkan kita dicegah daripada melaku dosa dan noda. Kerana dia tidak sanggup melihat kita jatuh ke dalam jurang neraka.

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh itu..?

Seorang kawan apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, jauh di sudut hatinya akan berkata, "Baguslah" tapi boleh jadi dia mahu turut serta atau tidak.

Seorang sahabat apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada akan memberikan sokongan, dorongan dan akan membantu kita untuk berubah, atau sekiranya dia tidak sehaluan dengan kita, kemungkinan dia akan membantah malah menghalang kita untuk berubah. Jika yang pertama itu, persahabatan akan bertambah erat. Yang kedua itu, mungkin akan merungkaikan tali persahabatan yang telah dibina.

Seorang sahabat sebenar apabila menyaksikan kita berada di atas jalan sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada berasa terlalu amat gembira dengan perubahan kita dan akan membantu sebaiknya untuk memastikan kita kekal dengan momentum itu, atau dia akan berasa pelik dan mengajak kita berbincang dahulu tentang keputusan kita itu. Apa-apa pun mereka tidak akan menghalang kita daripada berubah, kerana mereka tahu perubahan kita itu adalah yang terbaik untuk kita.

Walhal seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, akan berasa terlalu amat cemburu dan mahu bersama-sama kita mengejar dan merebut kebaikan yang ada dengan sesungguhnya. Moto mereka: fastabiqul khairat!

Siapa dia sahabat hoyeaahhhh..?

Seorang kawan apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan bertanya punca kegembiraan kita itu dan sekiranya dirasakan relevan, akan turut berkongsi kegembiraan itu sambil menekan butang 'Like' di MukaBuku.

Seorang sahabat apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan turut berkongsi kegembiraan itu dan akan menyebarkannya pada yang lain. Boleh jadi dia cemburu dengan kegembiraan kita, tapi tidaklah berniat untuk berlaku hasad terhadap kita.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan berasa sejujurnya gembira malah kadang-kadang lebih gembira daripada kita. Tidak berasa cemburu malah bersyukur yang kita dikurniakan dengan kegembiraan itu.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, dialah punca kegembiraan kita itu.

Katakan 'Hoyeaahhh!' sekiranya anda seorang sahabat yang hoyeaahhh! Senyum sambil buat isyarat peace. [Kredit Gambar]

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya:

1. Pemimpin yand adil
2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
7. Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

[Hadith Riwayat Muslim]

Seorang kawan hanyalah teman bergembira di dunia.

Seorang sahabat adalah seorang teman ketika susah dan senang.

Seorang sahabat sebenar adalah seorang teman sejati yang akan sentiasa bersama kita di dalam apa jua keadaan.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, adalah seorang insan mulia yang amat mahu memimpin tangan kita ke sorgaNya.

Jadi, sahabat jenis manakah yang kita mahu..?

Dan seorang sahabat jenis apakah kita ini..?

*mohon izin copy dr angel pakai gucci

Selasa, 3 Mei 2011

iKatan hAti

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini(yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yangtidak kuniung rnalap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup-suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

-Aku merasakan diri ini seperti Hanzalah..setiap kali bersama Rasulullah iman seolah2 berada dikemuncak..tetapi apabila berjauhan iman mula dilupakan..Ya allah Tsabatkan hati ku ini..kuatku dlm perjuangan agamaMu...-

Selasa, 26 April 2011

Apabila paderi terpaksa buka rahsia

Salamun'alaik.

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima pelawaan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Si Paderi pun mulai bertanya,

(1)Sebutkan satu yang tiada duanya,
(2)dua yang tiada tiganya,
(3)tiga yang tiada empatnya,
(4)empat yang tiada limanya,
(5)lima yang tiada enamnya,
(6)enam yang tiada tujuhnya,
(7)tujuh yang tiada lapannya,
(8)lapan yang tiada sembilannya,
(9)sembilan yang tiada sepuluhnya,
(10)sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
(11)sebelas yang tiada dua belasnya,
(12)dua belas yang tiada tiga belasnya,
(13)tiga belas yang tiada empat belasnya

(14)Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
(15)Apa yang dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya?
(16)Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
(17)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
(18)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

(19)Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
(20)Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

(21)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
(22)Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "BASMALAH ." dia berkata,

(1)Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t...

(2)Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,

12. dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) Dengan sejelas-jelasnya. (Al-Isra’:12)

(3)Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

(4)Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

(5)Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

(6)Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

(7)Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

(8)Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w..t. berfirman,
17. sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu. (Al-Haaqah:17)

(9)Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa. Antaranya ialah:tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, katak, darah, kutu dan belalang.

(10)Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman,
160. sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-An’am:160)

(11)Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

(12)Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,

60. dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (Al-Baqarah:60)

(13)Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

(14)Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

(15)Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

(16)Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua.

" Dan ayah mereka Yaa’kub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Yusuf:98)

(17)Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman,

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".(Luqman:19)

(18)Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Soleh dan Kambing Nabi Ibrahim.

(19)Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,
"Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

(20)Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

(21)Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

(22)Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia menghentikan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah memberikan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kamu marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

SUBHANALLAH~
Wallahualam..

Isnin, 7 Februari 2011

pemuda..

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat yang dicintai kerana Allah sekalian.

Revolusi di Tunisia baru berlalu. Setelah dicengkam kezaliman selama 23 tahun rakyat Tunisia bangkit melawan kezaliman regim pemerintah yang mengabai kebajikan rakyat.

Kebangkitan yang bermula dengan kesah seorang pemuda yang membakar dirinya sendiri sebagai protes terhadap kezaliman yang dikenakan keatas dirinya itu akhirnya mencetuskan kemarahan rakyat Tunisia dan membuka mata banyak pihak khususnya golongan muda terhadap kezaliman pemerintah.

Islam sememangnya membenci kezaliman. Firman Allah s.w.t: “Dan hari-hari itu kami gilirkannya dikalangan manusia, supaya Allah mengetahui orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan mengambil dari kalangan kamu sebagai syuhada’, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (Aal Imran:140)

Hari ini revolusi tersebut telah merebak ke Negara-negara lain seperti Mesir, Jordan dan Negara-negara di sekitarnya. Para penganalisis politik meramalkan kemungkinan revolusi itu juga akan merebak ke Negara-negara lain seperti Libya, Algeria, Arab Saudi dan juga Malaysia. Bagaimananpun ini hanya sekadar ramalan.

Islam mengakui posisi kaum muda yang sangat strategis. Usia muda, menurut al-Qur’an, merupakan usia yang penuh kekuatan, usia yang terletak di antara dua fasa kelemahan. Al-Qur’an melukiskannya dengan sangat indah sekali. FirmanNya:

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat itu lemah dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (al-Rum: 54)

Jika dilihat kepada sejarah jatuh-bangun sesebuah bangsa, ia banyak bergantung kepada golongan muda. Dari gambar-gambar Revolusi Tunisia, begitu juga demonstrasi di Mesir baru-baru ini, kelihatan golongan muda berada di barisan hadapan. Begitulah, anak muda harus kehadapan menjuarai isu-isu yang melibatkan kepentingan ummah.

Lihatlah bagaimana Usamah ibn Zaid, anak dari anak angkat kesayangan Nabi Muhammad Shalallahu ’alaihi wasallam, Zaid ibn Haritsah. Ketika belum melebihi dua puluh tahun beliau telah layak ditunjuki oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin pasukan perang yang akhirnya berjaya menumbangkan Empayar Rom.

Bukankah Usamah inilah yang datang menghadap Rasulullah s.a.w bersama kawan-kawan remaja putra para sahabat untuk menyertai perang Khandaq lalu menegapkan badannya supaya dia diterima menyertai peperangan? Rasulullah s.a.w kasihan melihatnya yang terlampau ingin ikut serta dalam peperangan lalu mengizinkannya setelah dahulunya ditolak permintaannya semasa perang Uhud kerana masih terlalu kecil.

Kita semua pasti berbangga dengan tokoh sehebat Salahuddin al-Ayyubi. Apakah kita tahu bahawa Salahuddin al-Ayyubi seawal usia empat belas tahun beliau telah bergabung dalam pasukan Nuruddin Zanki menentang tentera shalib. Pada tahun 1164 ketika umurnya mencecah 26 tahun beilau telah melancarkan ekspedisi menyerang Dinasti Fatimiyyah yang menganut fahaman Syiah. Ekspedisi ini berlangsung selama beberapa kali hingga akhirnya berjaya menaklukkan negeri tersebut pada tahun 1169 lalu berhasil menukarkannya menjadi negara Sunni.

Terlalu banyak peranan pemuda yang terdapat di sepanjang perjalanan sejarah, baik dari kalangan Muslim maupun selainnya. Kepemudaan memang selalu diperlukan bagi perubahan dan sebagai kekuatan pendorong yang penting di setiap peringkat sejarah. Sebut saja Musa’ab bin Umair, anak muda yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengislamkan kaum Aus dan Khazraj yang akhirnya menghasilkan terdirinya sebuah Negara Islam yang hebat seperti yang kita kenal sehingga ke hari ini.

Begitu juga Abdullah bin abbas, Zubair bin Awwam dan ramai lagi pemuda yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan da’wah islamiyyah.

Pemuda-pemuda seperti mereka inilah yang telah membangunkan peradaban islam yang agung dan gilang gemilang dalam sejarah umat Islam. Lihatlah sejarah mereka, di masa muda mereka telah:

a. Membina keperibadian dengan baik

b. Memimpin umat ke arah keselamatan.

c. Mengubah sejarah dunia

Dalam sebuah risalahnya yang terkenal kepada para pemuda, Hassan al-Banna telah melukiskan dengan baik sekali tentang kelebihan-kelebihan yang ada pada para pemuda serta tanggungjawab dan peranan yang harus mereka lakukan . Mari kita amat-amati pesanannya dengan penuh cermat.

Katanya: “Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujudnya keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya, serta kesediaan berkorban dan berusaha merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panji-panjinya. “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk (al-Kahf:13).
Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawab kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. Ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda. . .”

Ikhwah dan akhawat yang dicintai kerana Allah sekalian.

Sekarang mari kita lihat apa yang terjadi dengan anak-anak muda kita di Malaysia hari ini:

1-adik-adik kita

2-abang-abang kita

3-kakak-kakak kita

4-saudara mara kita

5-penduduk kampung kita

Dengarkan apa yang mereka bualkan, lihatlah apa yang mereka tonton. Ternyata anak-anak muda kita lebih suka berbual tentang kereta yang diidam-idamkan, handphone baru, cerita-cerita cinta, berchating dan sebagainya. Masa emas mereka dihabiskan begitu saja kepada perkara-perkara yang sama sekali tidak berfaedah.

Budaya hedonisme yang tak terkawal membuatkan anak-anak muda semakin tidak pedulikan:

-keluarganya

-masyarakatnya

-negaranya

-dirinya sendiri.

Nah, di sinilah terletak peranan kita.

Ketahuilah bahawa musuh-musuh islam sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan anak-anak muda Islam dengan pelbagai cara supaya Islam tidak lagi akan tertegak seperti dahulu.

Dan perancangan mereka akan berjaya jika kita masih berdiam diri malah turut terpedaya dengan godaan yang mereka tawarkan.

Berwaspadalah dan ingatlah selalu bahawa tanggungjawab membebaskan ummat ini dari kekufuran, kezaliman dan kegelapan berada di tangan kita. Jangan biarkan tenaga ini disia-siakan!

Buta pada cahaya, kita masih bisa dituntun berjalan. Tuli tanpa suara, kita masih bisa melihat kehidupan. Bisu dalam kata, kita masih bisa menggerakkan badan. Tapi buta, tuli & bisu pada diri sendiri, menjadikan kita hidup dalam dunia tanpa kesedaran, tanpa kenyataan. Mati, dalam alam yang kita ciptakan sendiri. Hilang, dalam pusaran yang menenggelamkan diri tanpa pernah kembali. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus berkhidmat dalam perjuangan murni menegakkan agama suci ini. Wallahul Musta’aan.